Monday, March 14, 2011

Laksa Penang

Malam tadi cik payung buat laksa penang..kes teringin punya pasal lepas tengok FB sorang kawan..dia post gambo je..sabo je la...Cik payung pun terus godek2 dapur cari bahan..


bahan2..
1/2 bungkus laksa -rebus bersama 5 keping asam keping
asam keping
timun - dihiris nipis
bawang besar dihiris nipis
cili dihiris nipis
5 ulas bawang merah*
8 ulas bawang putih*
1 inci halia *
serai dititik
2 sudu cili blend
1/2 tin ikan sardin - dihancurkan dan diperah air limau
limau nipis
garam
bunga kantan
daun kesum

Cara2nya
Terlebih dahulu rebus ikan bersama asam keping..Kemudian asingkan isi, tulang dan kepala ikan..Masukkan isi ikan kedlam blender.(cik payung guna lesung batu je sbb kuantiti sikit sgt)..Kemudian blend pula tulang,kepala ikan dan asam keping bersama air rebusan ikan tadi..
Tapiskan isi tulang kedalam periuk,isi ikan dan lebihan air rebusan.Masukkan bawang merah.bawang putih,halia yg telah diblend haluss ke dlam periuk.masukkan juga serai,daun kesum,bunga kantan dan ikan sardin yg telah dihancurkan.kacau diatas api sederhana sehingga mendidih..serasikan dgn garam..
Hidangkan kuah kedalam laksa.taburkan bawang besar,timub,cili.boleh juga letakkan telur rebus jika suka.

No comments:

Post a Comment