Sunday, March 13, 2011

Ikan masak merah, ikan goreng,sayur campur...

Salam Ahad semua..kat Malaya ari cutikan..kat sini ari Ahad adalah hari baru masuk keja dan baru mula sekolah..ala..macam Kelatan,Terangganu dengan kedah je..Jumaat & Sabtu boleh merewang,gedik santai dan qada' tido..hehehe

Hari ni cik payung takde idealah nak masak2..ingat nak buat pajeri terung..tapi resepi pun tak cari lagi..aiyooo..Jom tengok apa yg cik payung masak utk ari ni...


Sayur campur
bahan2.
- kobis
- taugeh
- sawi
- tomato
- 3 biji bwng merah  - ditumbuk
- 2 biji bawang putih - ditumbuk
- 5 biji cili burung - ditumbuk
- segenggam ikan bili- ditumbuk

cara2nya..
-panaskan miyak terlebih dahulu.kemudian masukkan bahan yg ditumbuk..tunggu hingga naik bau..kemudian masukkan kobis, sawi,taugeh satu persatu..tambahkan air jika mahu berkuah..tunggu sehingga mendidih baru masukkan tomato.tutup kuali dgn penutup seketika.rasakan dgn garam.

Ikan masak merah (cik payung guna ikan kembong..stok semalam banyak lagi)
- 3 ekor ikan kembong - goreng dahulu
- cili blend
- bawang merah
- air asam jawa

Cara2nya..
-panaskan minyak..masukkan separuh bawang merah yg dihiris  halus..apabila sudah layu.masukkan 3 sudu besar cili blend..tunggu hingga cili masak..kemudian masukkan beberapa ikan goreng..balik-balikan ikan supaya kena pada sambal..masukkan air asam jawa..serasikan dgn gula dan garam..

No comments:

Post a Comment