Tuesday, March 29, 2011

Ikan Talapia Masak Merah & Sayur Goreng

Salam semua...cik payung baru balik dr ambik Miss Pinky I dr sekolah..dan baru nak menjamah makanan ni...Aritu beli ikan talapia kat carefour teringin nak buat masak lemak cili api..Tapi bila terfikir asyik makan yg bersantan je..tak bagus utk kesihatan kan...So Cik Payung buat sambal je la...Masalahnya tetap sama..ikan kena goreng gak dulu..goreng pun tak sihat gak kan..adoiii..layan je la...:P

Ikan Talapia Masak Merah


Bahan2nya
- seekor ikan talapia,
- 20 tangkai cili kering
- 6 biji bawang merah
- 5 biji bawang putih
- air asam jawa
- gula & garam secukup rasa

Caranya
- Ikan talapia dibersihkan, dilumur garam & kunyit kemudian goreng garing2 dan ketepikan.Dalam kuali yg berasingan panaskan minyak.Tumis bawang merah dan bawang putih yg diblend hingga naik bau.Kemudian masukkan cili blend.Masakkan cili hingga pecah minyak.Masukkan air asam jawa.Tambah air jika perlu.Serasikan gula dan garam.Tuangkan cili yg sudah masak ke atas ikan talapia tadi.



Kuchai,taugeh dan tauhu goreng


Sebenarnya ni kali pertama Cik Payung beli daun kuchai ni..biasa kalau pergi bahagian sayur2an tu macam takde nafsu je kat daun kuchai ni..Entah kenapa tiba2 nak beli.Tapi bila masak..sedap je bau daun kuchai ni kan..rugi selama ni agak sombong nak beli sayur ni..hehehe..Jom la check resepi...

Bahan2
- 1 labu bawang besar dihiris
- 3 biji bawang putih dihiris
- tauhu
- cili merah
- daun kuchai
- tauhgeh dibuang akarnya
- garam secukup rasa

Cara2nya
- panaskan minyak..tumiskan bawang besar dan bawang putih..Masukkan tauhu yg dipotong dadu..Biarkan seketika..Kacau sekali sekala dengan hati2 kerana tauhu mudah pecah..Apabila nampak tauhu sedikit masak ,sekitar tauhu sudah kekuning kuningan masukkan daun kuchai, cili dan taugeh.Tutup kuali dengan penutup.tunggu seketika.Rasakan dengan garam.selepas 2 minit bolehla  tutupkan api.

2 comments:

  1. cik payung...today mummy msk ikan talapia stim...menyengat...hehhehe..nanti mummy upload pic ye.....kena diet skang nie...badan mummy dah naik mencanak2...

    ReplyDelete
  2. alahai mummy...walaupun ikan stim..letak cili api 2/3 biji pun memang boleh tambah..hehehe..diet..jom diet..

    ReplyDelete