Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Thursday, June 23, 2011

Ikan Jenahak Sweet Sour



Bahan2
-Ikan Jenahak-garam,kunyit dan lumurkan dgn sedikit tepung jagung
-sebiji tomato dipotong dadu
-1btg carrot
cili besar dihiris(boleh juga gunakan cili api)
-1 SB sos tiram
-1 sb sos cili
-1/2 cawan sos tomato
-1sb cuka
-4 ulas bawang merah*dihiris
-2 ulas bawang putih*dihiris
- 1/2 inci halia*dihiris
-minyak
-garam dan gula
-air secukupnya

Caranya
1.Goreng ikan tadi separa masak.angkat dan ketepikan.
2.panaskan minyak dalam kuali.Tumis bawang merah,putih dan halia sehingga naik bau.
3.Masukkan tomato sehingga masak dan nampak berkuah.
4.Kemudian masukkan pula carrot.
5.ketepikan semua masakan ditepi kuali.biarkan ada ruang ditengah2 utk dimasukkan sos tiram,sos cili,sos tomato dan cuka..kacau kesemuanya.Masukkan air jika hendak berkuah sedikit.
6.Akhir sekali masukkan ikan yg digoreng tadi sehingga semua serasi.
7.Rasakan garam dan gula.Boleh matikan api.



Tuesday, June 21, 2011

Masak Lemak Cili Api Ikan Sardin..


Masak Lemak Cili Api Ikan Sardin..

Aha…1st time dengar masakan ni dari sorang kawan..apa??!!guna ikan sardine dalam tin?hmmm…pelik gak tu…dek kerana nak tau gak rasanya macam mana kan..kena la try buat..tengok rupanya dlam periuk memang pelik u…biasa masak lemak cilia pi kaler kuning kan..ni kaler merah..hahhaa..tapi rasanya mmg memuaskan..tak cukup rupanya pakai satu tin sardine..lain kali kena masak 2 tin la…Terima kasih pada kawan yg bagi idea dan resepi ni..walaupun resepi dia main campak2 je..hehehhe…

Jom semak resepi ni…

Bahan2..
1 tin sardine
3 ulas bawang merah*ditumbuk
4 biji cili padi*ditumbuk
1 helai daun kunyit
1 keping asam keeping
½ tin santan tin
½ tin air
Garam secukup rasa

Cara2nya
1.Masukkan santan dan air dalam periuk..kacau sekali sekala jgn biarkan pecah minyak.Masukkan bahan tumbuk.
2.apabila santan sudah masak, masukkan sardine bersama dengan kuahnya(sebab tu kaler dia berwarna merah..cili api pun tak guna banyak..dah sedia pedas)
3.masukkan asam keping.daun kunyit dihiris dan masukkan dalm periuk..aroma daun kunyit ni membuka selera.rasakan dgn garam.


Tuesday, June 14, 2011

Ikan Kering Power Rangers


Ikan Kering Power Rangers..

Opss…entry title bukan main power..ala ala power rangers gitu..hehehe..try dulu..baru tau…

Bahan
-         Ikan Kering secukupnya(dipotong kecil dan rendam dlm air)
-         Segengam cili padi-ditumbuk
-         Bawang merah & putih –ditumbuk
-         Air asam jawa

Caranya
-Panaskan minyak dalam kuali.Tumis semua bahan cili,bawang dan ikan kering sehingga kering..Masukkan air asam jawa..rasakan gula dan sedikit garam.

Saturday, April 9, 2011

IKan Bawal Tiga Rasa


Salam sabtu semua..hari ni cik payung tak kemana-mana..jadi kenalah masak special sikit buat big bos yg kejap lagi nak balik lunch.Big bos kerja half day aje ari ni..Taali hunna menu hari ni..



Bahan2
Ikan bawal (biasa org guna kerapu/siakap)
3 sb cili blend
4 sb sos cili
Nenas di potong dadu
Carrot dipotong dadu
Timun dipotong dadu
Cili padi dipotong dadu
½ biji bawang besar*
3 biji bawang putih*
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak utk menumis

Caranya
1.Ikan bawal dibersihkan.Lumur dgn garam dan kunyit.Goreng garing dan ketepikan.
2.Bawang besar dan bawang putih ditumbuk.boleh juga dihiris.
3.Panaskan minyak.Tumis bawang hingga naik bau.Masukkan cili blend hingga pecah minyak.Masukkan cili sos(saya letak lebih dr  4 sudu.)
4.Campurkan sedikit air bagi nampak berkuah sedikit.Masukkan carrot, timun,nenas dan cili padi.Gaul hingga semua sekejap sahaja.Bolehlah rasakan garam dan gula.
5.Tutup api dan curahkan keatas ikan yg digoreng tadi.

Tuesday, March 29, 2011

Ikan Talapia Masak Merah & Sayur Goreng

Salam semua...cik payung baru balik dr ambik Miss Pinky I dr sekolah..dan baru nak menjamah makanan ni...Aritu beli ikan talapia kat carefour teringin nak buat masak lemak cili api..Tapi bila terfikir asyik makan yg bersantan je..tak bagus utk kesihatan kan...So Cik Payung buat sambal je la...Masalahnya tetap sama..ikan kena goreng gak dulu..goreng pun tak sihat gak kan..adoiii..layan je la...:P

Ikan Talapia Masak Merah


Bahan2nya
- seekor ikan talapia,
- 20 tangkai cili kering
- 6 biji bawang merah
- 5 biji bawang putih
- air asam jawa
- gula & garam secukup rasa

Caranya
- Ikan talapia dibersihkan, dilumur garam & kunyit kemudian goreng garing2 dan ketepikan.Dalam kuali yg berasingan panaskan minyak.Tumis bawang merah dan bawang putih yg diblend hingga naik bau.Kemudian masukkan cili blend.Masakkan cili hingga pecah minyak.Masukkan air asam jawa.Tambah air jika perlu.Serasikan gula dan garam.Tuangkan cili yg sudah masak ke atas ikan talapia tadi.



Kuchai,taugeh dan tauhu goreng


Sebenarnya ni kali pertama Cik Payung beli daun kuchai ni..biasa kalau pergi bahagian sayur2an tu macam takde nafsu je kat daun kuchai ni..Entah kenapa tiba2 nak beli.Tapi bila masak..sedap je bau daun kuchai ni kan..rugi selama ni agak sombong nak beli sayur ni..hehehe..Jom la check resepi...

Bahan2
- 1 labu bawang besar dihiris
- 3 biji bawang putih dihiris
- tauhu
- cili merah
- daun kuchai
- tauhgeh dibuang akarnya
- garam secukup rasa

Cara2nya
- panaskan minyak..tumiskan bawang besar dan bawang putih..Masukkan tauhu yg dipotong dadu..Biarkan seketika..Kacau sekali sekala dengan hati2 kerana tauhu mudah pecah..Apabila nampak tauhu sedikit masak ,sekitar tauhu sudah kekuning kuningan masukkan daun kuchai, cili dan taugeh.Tutup kuali dengan penutup.tunggu seketika.Rasakan dengan garam.selepas 2 minit bolehla  tutupkan api.

Sunday, March 27, 2011

Ikan Bilis Petai & Ikan kukus

Salam ahad semua..few day before cik payung mentioned projek ubi kayu kan…adoiyai..buat kueh talam ubi..lupa pulak nak snap gambar..takpe..yg itu 1st attempt..next time buat boleh tepek gambarnya kat blog pulak..

Hari ni..cik payung masak simple2 aje..sebenarnya mmg hari2 masak simple2 …hehehhe..Jomla layan menu kami hari ni..

Ikan Bilis Petai



Bahan2nya
-         ikan bilis di goreng
-         petai secukupnya
-         tempe (baki tempe yg ada)
-         15 tangkai cili kering*
-         4 biji bawang merah*
-         3 biji bawang putih*
-         ½ cawan santan tin
-         1 cawan air
-         Gula dan garam secukup rasa
-         Minyak utk menumis

Cara2nya
 - Blend cili kering dan semua bawang sekali.Panaskan minyak utk menumis.Masukkan cili blend ke dalam minyak yg sudah panas, tunggu sehingga pecah minyak.Apabila cili sudah masak, masukkan ikan bilis yg sudah digoreng, petai dan tempe yg juga sudah digoreng..kacau sehingga semua kena pada cili.Kemudian boleh masukkan santan bersama air.Tunggu sehingga kuah mendidih barulah masukkan gula dan garam.Garam hendaklah diletak dalam kuantiti yg sedikit dr biasa kerana air ikan bilis akan turun kedalam kuah.Siap utk dihidang.

Ikan Kembung Kukus


Resepi ni juga sesuai di buat singgang..tapi cik payung teringin nak makan yg kukus punya..resepi ala2 diet dan berkhasiat gitu...:)

Bahan2nya
- Ikan kembung dicuci dan ditoskan
- 1 biji bawang besar dihiris nipis
- 4 biji bawang putih dihiris
- 1 batang serai diketuk
- 3/4 cili merah dibelah dua
- 1/2 biji tomato dibelah 2
- bendi
- 1 cawan air
- garam secukup rasa
- stok ikan bilis knor

Cara2nya
- Panaskan periuk kukus.Dalam satu bekas, satukan kesemua bahan diatas kecuali tomato dan bendi.Masukkan dalam periuk kukus, kukus selama 30 minit.10 minit sebelum padamkan api bolehlah masukkan tomato dan bendi.Sedia utk dihidang.

Monday, March 21, 2011

Ikan Sardin Masak Sambal

A quite late to put entry for cooking corner today..almost past midday cik payung got strenghten to blogging..huhuhu..the first entry regarding gift to mummy aimee was schedule before..and here we come something simple dishes..Taali hunna..



Actually sardine fish i bought last few day to making laksa penang..But laksa penang's main ingredients i use ikan kembong plus half sardine inside container.To finish my stuff in refrigerator, i take out sardine to make curry sardine, but end up with masak sambal..hehehe

Ikan Sardin masak sambal
- 5/6 ekor ikan sardin
- 3 sudu cili blend
- 2 sudu cili boh - bawa dr msia
- sedikit asam jawa
- 1/2 cawan air
- garam dan gula
- 4 biji bawang merah
- 3 biji bawang putih

Caranya
 -Seperti biasa ikan dilumur garam dan kunyit.3 ekor ikan digoreng sederhana masak dan selebihnya goreng garing buat ikan goreng.Ketepikan.
- Bawang merah dan bawang putih di tumbuk.panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.Masukkan cili blend dan cili boh ke dalam kuali.Tumis sehingga cili pecah minyak.Kemudian masukkan Air asam jawa sedikit, gula dan garam.Tunggu 2 minit padamkan api.Sedia untuk dihidang.

Sunday, March 20, 2011

Gulai Kari King Fish

King fish???alamak..kat malaya tak tau pulak ikan ni nama apa..rasanya ikan tengiri kot..hehehe..nampak sangat tak beli ikan masa kat malaya kan...Memang pun..semenjak bermastautin kat negara orang ni la baru kenal periuk belanga..nak kata level pro belum lagi la..masih lagi belajar..seronok kan bila tengok anak dan suami makan masakan kita..Menu ni favourite Miss Pinky I..she love to eat very much till 3/4 plate one time..



Bahan2
- 3biji bawang merah di hiris
- 2 biji bawang putih dihiris
-2 tangkai daun kari
- 3 sudu rempah kari ikan adabi
- asam jawa
-1 sudu cili blend
- 1/2 tin santan
- 2 cawan air
- sedikit minyak
- garam utk rasa

Cara2nya.
terlebih dahulu lumurkan garam dan kunyit pada ikan dan goreng ikan tetapi jangan terlalu garing.Ketepikan.Panaskan minyak di dalam periuk.Tumiskan bawang merah, putih dan daun kari hingga  naik bau.Masukkan cili blend dan tunggu sehingga cili benar2 masak.Rempah kari terlebih dahulu di campurkan dgn sedikit air dan air asam jawa.Kemudian masukkan ke dalam periuk.Perlahan api.Kacau hingga kari masak.Masukkan santan bersama air ke dalam periuk.Kacau sekali sekala sehingga semua nya masak.Boleh letak bendi dan tomato jika suka.

Sunday, March 13, 2011

Ikan masak merah, ikan goreng,sayur campur...

Salam Ahad semua..kat Malaya ari cutikan..kat sini ari Ahad adalah hari baru masuk keja dan baru mula sekolah..ala..macam Kelatan,Terangganu dengan kedah je..Jumaat & Sabtu boleh merewang,gedik santai dan qada' tido..hehehe

Hari ni cik payung takde idealah nak masak2..ingat nak buat pajeri terung..tapi resepi pun tak cari lagi..aiyooo..Jom tengok apa yg cik payung masak utk ari ni...


Sayur campur
bahan2.
- kobis
- taugeh
- sawi
- tomato
- 3 biji bwng merah  - ditumbuk
- 2 biji bawang putih - ditumbuk
- 5 biji cili burung - ditumbuk
- segenggam ikan bili- ditumbuk

cara2nya..
-panaskan miyak terlebih dahulu.kemudian masukkan bahan yg ditumbuk..tunggu hingga naik bau..kemudian masukkan kobis, sawi,taugeh satu persatu..tambahkan air jika mahu berkuah..tunggu sehingga mendidih baru masukkan tomato.tutup kuali dgn penutup seketika.rasakan dgn garam.

Ikan masak merah (cik payung guna ikan kembong..stok semalam banyak lagi)
- 3 ekor ikan kembong - goreng dahulu
- cili blend
- bawang merah
- air asam jawa

Cara2nya..
-panaskan minyak..masukkan separuh bawang merah yg dihiris  halus..apabila sudah layu.masukkan 3 sudu besar cili blend..tunggu hingga cili masak..kemudian masukkan beberapa ikan goreng..balik-balikan ikan supaya kena pada sambal..masukkan air asam jawa..serasikan dgn gula dan garam..

Saturday, March 12, 2011

Ikan Bakar cicah kuah asam dgn mangga muda..

As cik payung mentioned just now, cik payung need route for cooking time right..very fast to make this  meal for lunch..while blogging..read news and Fbing..cik payung still can put fish into saucepan then grilled them..and  make kuah asam...

Taali hunna...



Bahan-bahan
- 5 ekor ikan kembong
- perencah ikan bakar jenama Adabi
- daun pisang

Bahan-bahan untuk kuah
- 1 biji mangga muda di hiris2 halus
- 1 biji tomato -dipotong dadu
- 5 biji cili burung-dihiris
- 1 biji bawang besar dipotong dadu
- setengah inci belacan (bakar dahulu)
- 1 sudu besar paste asam jawa
- 2 cawan air suam

cara2nya
Untuk ikan - masukkan sedikit perencah ikan bakar adabi kedlm perut ikan dan lumurkan sedikit pada bahagian badan ikan..kemudian balutkan dengan daun pisang.boleh juga gunakan aluminium foil untuk gantikan daun pisang..kemudian bakar ikan.
Untuk kuah pula-masukkan mangga muda,cili,tomato,bawang,belacan kedalam mangkuk..kemudian masukkan paste asam jawa bersama2 dgn air suam..gaul kesemuanya hingga mesra.

# buat kuah ketika mahu makan.jgn biarkan kuah sejuk


perencah ikan bakar adabi

Thursday, March 10, 2011

Lunch simple...sapa2 pun tau buat..

Living abroad cik payung need breathes and eats with the internet which is that wide area netwok connect to the world..Thanks to Mr.Etisalat where cik payung can share ideas,thought and news also gosiping..hehehe..

Unfortunatelly, cik payung can't surfing Mr.internet from woke up this morning util now especially Mr.FB..My body can shaking like fever if not enter Mr.FB..wakakaka...

Okey now, cik payung would like to share our menu for lunch..the recipe is easy to make.If uoll see the title, u can guess the menu is .....Taraaaaa...

Sardin,telur dadar + ayam tandori (beli)..makan dgn nasi panas2...

Psssttt..sardin dgn telur dadar nak letak resepi jugak ke?alahh..budak sekolah pun tau buat kan..cik payung cuma tambah dgn kentang yg dipotong dadu,cili burung,dan tomato..telur dadar pulak..kosong aje..semua tak makan kalo ada acsesori dlm tu..ngeeee

Thursday, March 3, 2011

Alhamdulillah atas rezeki ini...

Alhamdulillah di atas rezeki yg kau limpahkan kepada kami ya Allah..juga nikmat selera ini..tapi..kenpakah cik payung terover makan je ni...terlebih bersyukur la agaknya...ngeeee...

Cik payung can eat till 4/5 plate per day tau...can uoll imagine!!!mak cik payung selalu kata..tu selera telaga buruk..huwaaa..tak mau la...

Among cik payung sibling...i'm the one wearing clothes size M or sometimes L size..the rest can fit XS..oh my goshhh...their weight not even touch 40kg...how thiny there are...

Back to our selera tadi..today cik payung just cook a simple dish..nak tau apa?Taali Hunna....layan picture kat bawah ..




telur mata masak kicap



ikan bilis petai

psssttt..takkan nak letak resepi gak kot..sempoi aje ni..huhuhu..