Wednesday, April 13, 2011

Sup Ayam


Salam semua...Hari ni masak sempoi2 aje..buat sup ayam campur..makan dengan ayam goreng tepung dan cili kicap..memang terangkat..Sup ayam ni cik payung cuma guna seketul ayam saja sbb anak2 lebih suka makan ayam goreng dr ayam sup.Kalau letak ayam banyak2 dlm sup gerenti mmg tak terusik dalam tu..Jadi nak bagi rasa ayam tu umphh cik payung letak kulit ayam lebih sikit.Dan letak penambah perasa kiub ayam knorr..lepas tu cik payung masukkan kobis..kobis letak banyak2 pun tak pe..mmg kerjanya menghirup sup aje la...Jom la check menu ari ni..


Bahan2
1 ketul ayam
segengam kulit ayam
1 biji  kentang
kobis
kiub ayam
air secukupnya
3 biji bawang putih-ditumbuk
5 biji bawang merah - ditumbuk
1inci halia -ditumbuk

Caranya
1.Panaskan minyak dalam periuk.Tumis bahan yg ditumbuk hingga naik bau.
2.Masukkan ayam dan kulit ayam.Goreng hingga warna ayam bertukar menjadi putih.Masukkan air secukupnya.
3.Masukkan kentang dan kobis.(boleh juga ditambah dgn carrot,kobis bunga jika suka)
4.Apabila sup mendidih masukkan kiub ayam.Saya tak letak garam kerana rasanya sudah kena dgn tekak.
5.Siap utk dihidang.

No comments:

Post a Comment