Salam rabu…rabu kan hari ni..Maklumla..2 hari dah tak hupdate..agak2 kelupaan gitu..Cik Payung sibuk melayan Anugerah Bintang Fofula tu..adoiyai….cerita nak basi dah ye..cik paung baru nak layan..kesiann…kat sini tak dapat tengok live..jadi terpaksa la tunggu sesiapa rajin nak upload kat youtube..huhuhu
Yang sebenarnya jugak..cik payung agak malas nak snap photo lepas masak..pastu nak update blog..jadi layan je la..lauk semalam..hehehhe..
ayam masak lada hitam
Bahan2
Ayam dipotong kecil-garam kunyit
1 sb cili blend
2 sb sos tiram
2 sb kicap cair
3 sb sos lada hitam
Air secukupnya
1 sk lada hitam-ditumbuk(jika suka)
4 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
1inci halia*
Bawang besar dihiris bulat
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Cara2nya
1.Ayam digoreng sederhana masak.ketepikan
2.Tumbuk bawang merah, bawang putih,halia.Panaskan minyak.Tumis bahan tumbuk tadi hingga naik bau
3.Masukkan cili blend.kacau hingga garing.Kemudian masukkan sos tiram,kacau,kicap cair dan kacau.Masukkan sos lada hitam dan serasikan semuanya.
4.Masukkan ayam yg digoreng tadi.ratakan kesemuanya seketika dan masukkan air.Tunggu hingga mendidih.
5.letakkan hirisan bawang merah dan lada hitam yg ditumbuk.
6.Rasakan garam.
7.Sedia untuk dihidang.
psstt..cik payung tengah masak laksa nyonya..nanti jagn lupa tengok rupanya ye..1st time buat ni..hehehe
psstt..cik payung tengah masak laksa nyonya..nanti jagn lupa tengok rupanya ye..1st time buat ni..hehehe
No comments:
Post a Comment