Saturday, March 19, 2011

Seri Muka versi Utara @ Pulut Serikaya

Haluuuu semuaaa...hari2 sabtu ni mesti ramai yg keluarkan..makan luar pun ia jugak..hari ni cik payung agak rajin sikit..buat seri muka versi orang utara ataupun ada yg panggil pulut serikaya..Biasanyakan seri muka warna hijau..tapi kali ni kita buat seri muka warna coklat pulak..bawah dia masih sama iaitu pulut..

Jom chek apa yg dah jadi arini...


alahai..rupanya kurang molek sikit..tapi rasanya sedap juga..tapi bagi cik payung seri muka warna hijau lebih kena dengan tekak ni...

Bahan2..
Lapisan Bawah
- 2 cawan pulut
- 2 1/2 cawan santan cair + sedikit garam
* pulut direndam 4 jam seelok2nya

Lapisan Atas
- 2 cawan santan pekat
- 1/2 cawan gula pasir
- 1/2 cawan gula merah
- 1/2 cawan tepung gandum
- 2sb tepung jagung
- 3 biji telur
- 1st garam

Cara Lapisan Bawah
- Basuh beras pulut dan rendam 4 jam sebelum masak.Kukus 20 miniy bersama santan dan garam.setelah masak tekan pulut supaya padat dan cantik.

Cara Lapisan Atas
- Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.Tapiskan.Masakkan sekejap hingga naik wap.Tuangkan perlahan2 atas pulut tadi(lapisan bawah).Kukus lagi selama 20minit.Sejukkan dahulu baru potong.

No comments:

Post a Comment