Saturday, March 12, 2011

Sandwich sardine.

Semalam cik payung tak sempat nak update blog sbb hari jumaat kan cuti2 sedunia buat kami satu family..Dalam malas2 memasak, kemas rumah dan buat laundry bagai..cik payung terbuat jugak breakfast dan masak bihun nak buat bekal jalan2 semalam..

Lepas je bangun dari tido..cik payung buat sandwich sardin..konon2 nak buat sandwich roll yg dah lama cik payung ambik dr blog periuk tanah..tapi..roti kat sini tak boleh digulung la..pecah2 kat tempat gulung tu..terpaksa la cik payung tukar buat 4 segi...hehehe..layan je la pict kat bawah..


bahan2.
- roti sandwich biasa
- 2 biji telur
- sedikit garam
- bread crumb
- minyak utk menggoreng

Bhn inti
- 1tin sardin
- 2 biji limau kasturi (ambil jus)Since kat sini takde limau kasturi cikpayung pakai je limau yg ada..
- 1 biji cili merah dicincang -optinal\
- 1 labu kecil bawang besar dicincang -optional

Caranya.
-Masukkan inti dlm mangkuk dan hancurkan dgn garfu.perahkan jus limau.safukan inti atas roti dan ambil satu lagi keping lekatkan diatas yg satu lagi..ambil gunting dan potong 4.Gamkan dgn telur yg telah dipukul.Kemudian, taburkan bread crumb diatasnya..Gorengkan dlam kuali leper hingga keemasan.Angkat dan hidang.

No comments:

Post a Comment