Sunday, March 27, 2011

Ikan Bilis Petai & Ikan kukus

Salam ahad semua..few day before cik payung mentioned projek ubi kayu kan…adoiyai..buat kueh talam ubi..lupa pulak nak snap gambar..takpe..yg itu 1st attempt..next time buat boleh tepek gambarnya kat blog pulak..

Hari ni..cik payung masak simple2 aje..sebenarnya mmg hari2 masak simple2 …hehehhe..Jomla layan menu kami hari ni..

Ikan Bilis Petai



Bahan2nya
-         ikan bilis di goreng
-         petai secukupnya
-         tempe (baki tempe yg ada)
-         15 tangkai cili kering*
-         4 biji bawang merah*
-         3 biji bawang putih*
-         ½ cawan santan tin
-         1 cawan air
-         Gula dan garam secukup rasa
-         Minyak utk menumis

Cara2nya
 - Blend cili kering dan semua bawang sekali.Panaskan minyak utk menumis.Masukkan cili blend ke dalam minyak yg sudah panas, tunggu sehingga pecah minyak.Apabila cili sudah masak, masukkan ikan bilis yg sudah digoreng, petai dan tempe yg juga sudah digoreng..kacau sehingga semua kena pada cili.Kemudian boleh masukkan santan bersama air.Tunggu sehingga kuah mendidih barulah masukkan gula dan garam.Garam hendaklah diletak dalam kuantiti yg sedikit dr biasa kerana air ikan bilis akan turun kedalam kuah.Siap utk dihidang.

Ikan Kembung Kukus


Resepi ni juga sesuai di buat singgang..tapi cik payung teringin nak makan yg kukus punya..resepi ala2 diet dan berkhasiat gitu...:)

Bahan2nya
- Ikan kembung dicuci dan ditoskan
- 1 biji bawang besar dihiris nipis
- 4 biji bawang putih dihiris
- 1 batang serai diketuk
- 3/4 cili merah dibelah dua
- 1/2 biji tomato dibelah 2
- bendi
- 1 cawan air
- garam secukup rasa
- stok ikan bilis knor

Cara2nya
- Panaskan periuk kukus.Dalam satu bekas, satukan kesemua bahan diatas kecuali tomato dan bendi.Masukkan dalam periuk kukus, kukus selama 30 minit.10 minit sebelum padamkan api bolehlah masukkan tomato dan bendi.Sedia utk dihidang.

No comments:

Post a Comment