Thursday, June 23, 2011

Ikan Jenahak Sweet Sour



Bahan2
-Ikan Jenahak-garam,kunyit dan lumurkan dgn sedikit tepung jagung
-sebiji tomato dipotong dadu
-1btg carrot
cili besar dihiris(boleh juga gunakan cili api)
-1 SB sos tiram
-1 sb sos cili
-1/2 cawan sos tomato
-1sb cuka
-4 ulas bawang merah*dihiris
-2 ulas bawang putih*dihiris
- 1/2 inci halia*dihiris
-minyak
-garam dan gula
-air secukupnya

Caranya
1.Goreng ikan tadi separa masak.angkat dan ketepikan.
2.panaskan minyak dalam kuali.Tumis bawang merah,putih dan halia sehingga naik bau.
3.Masukkan tomato sehingga masak dan nampak berkuah.
4.Kemudian masukkan pula carrot.
5.ketepikan semua masakan ditepi kuali.biarkan ada ruang ditengah2 utk dimasukkan sos tiram,sos cili,sos tomato dan cuka..kacau kesemuanya.Masukkan air jika hendak berkuah sedikit.
6.Akhir sekali masukkan ikan yg digoreng tadi sehingga semua serasi.
7.Rasakan garam dan gula.Boleh matikan api.



Kacang Buncis Tumis telur aje..


Hmmm..masak2 sayur ni agak jarang nak letak dlam blog..Bukan apa..selalu terlupa nak snap picture..Lagipun biasanya vege cuma buat ulam2 je..contohnya..potong carrot,timun,tomato,kobis..makan mentah2 gitu..Macam ni org arab makan ulam tau..cuma cik payung tak reti beli ulam 'jer jer' je...Rasanya pahit2..kena makan dengan sambal tomato baru rasa sedap..

Jom tengok resepinya..biasa2 je..

Bahan2..
Kacang buncis dipotong2..cuci dan toskan
4biji bawang merah-dihiris
3biji bawang putih-dihiris
1/2 inci halia-dihiris
1batang cili merah potong serong
1 sudu ikan bilis kecil
1 biji telur
minyak utk menumis
garam secukup rasa

Cara2nya
1.Panaskan minyak dalam kuali.Tumis bahan hiris,cili dan ikan bilis..biarkan masak seketika..Masukkan kacang buncis dalam kuali..tunggu sehingga masak.Pecahkan telur..kacau lagi..Jika mahukan berkuah..masukkan air..Rasakan dgn garam.

Wednesday, June 22, 2011

Sambal Telur..hmmmm

Sambal Telur.

Miss Pinky II love to eat boiled egg so much..She can eat until 3 numbers one time..but she really like the white colour one..not the yellow colour..hmmm…so who else should finish up them..??Sapa lagi if not my self..hehehe..or else wait until her dad come back from work..He would definitely become Majlis Bandaraya like DBKL,…sapu habis..LOL

Come..check my receipe..

Bahan2..
6 biji telur-bersihkan kulit,rebus
2 ½ senduk cili blend
1 keping asam keping
Air secukupnya
Minyak utk menumis
Garam dan gula

Cara2nya
1.Telur yg sudah direbus dibuang kulit,ketepikan.
2.Panaskan minyak dalam  kuali,tumiskan cili blend sehingga pecah minyak..Jika terlalu kering..masukkan sedikit air.
3.Masukkan telur tadi..kacau sebingga semua rata.
4.masukkan asam keping.Boleh juga gunakan air asam jawa.
5.Serasikan gula dan garam.


Tuesday, June 21, 2011

Masak Lemak Cili Api Ikan Sardin..


Masak Lemak Cili Api Ikan Sardin..

Aha…1st time dengar masakan ni dari sorang kawan..apa??!!guna ikan sardine dalam tin?hmmm…pelik gak tu…dek kerana nak tau gak rasanya macam mana kan..kena la try buat..tengok rupanya dlam periuk memang pelik u…biasa masak lemak cilia pi kaler kuning kan..ni kaler merah..hahhaa..tapi rasanya mmg memuaskan..tak cukup rupanya pakai satu tin sardine..lain kali kena masak 2 tin la…Terima kasih pada kawan yg bagi idea dan resepi ni..walaupun resepi dia main campak2 je..hehehhe…

Jom semak resepi ni…

Bahan2..
1 tin sardine
3 ulas bawang merah*ditumbuk
4 biji cili padi*ditumbuk
1 helai daun kunyit
1 keping asam keeping
½ tin santan tin
½ tin air
Garam secukup rasa

Cara2nya
1.Masukkan santan dan air dalam periuk..kacau sekali sekala jgn biarkan pecah minyak.Masukkan bahan tumbuk.
2.apabila santan sudah masak, masukkan sardine bersama dengan kuahnya(sebab tu kaler dia berwarna merah..cili api pun tak guna banyak..dah sedia pedas)
3.masukkan asam keping.daun kunyit dihiris dan masukkan dalm periuk..aroma daun kunyit ni membuka selera.rasakan dgn garam.


Sunday, June 19, 2011

Sambal Udang Petai


Bahan2
15 ekor udang
2 senduk  cili blend
Segengam petai
Sedikit air asam jawa
Bawang besar dihiris
Minyak utk menunis
Gula & garam

Cara2nya
1.Udang dibersihkan.Garam dan kunyit.Goreng separuh masak.Ketepikan.
2.Panaskan minyak dalam kuali.Masukkan cili blend.(saya tak tumis bawang sbb semasa buat cili blend dah masukkan bawang siap2).Tumis sehingga cili pecah minyak.
3.Masukkan udang,petai dan bawang besar.Masukkan juga air asam jawa..Tunggau sehingga mendidih..
4.rasakan gula dan garam.Matikan api apabila semua sudah serasi.

Friday, June 17, 2011

Bihun Goreng sempoi


aha...tengok rupe pun dah sempoikan...masak pun main campak2 je...normally cik payung masak bihun goreng on friday..sbb mood malas tu lebih dari biasa...hehehe

Jomlah semak resepi...

Bahan:-
- 1bungkus bihun - direndam,toskan.(bihun disini agak keras walaupun telah direndam lama,jadi saya curahkan air panas dan rendam lagi seketika agar bihun agak lembut)
-ayam dicincang secukupnya
-udang
-sayur sawi
-fish ball /fish cake
-3 sb cili blend
-3ulas bawang merah-dihiris
-2ulas bawang putih-dihiris
-garam secukup rasa

Caranya:-
-Panaskan minyak dalam kuali.tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.kemudian masukkan cili blend.Masukkan ayam,udang, fish ball/fish cake hingga kesemuanya nampak masak.Jika terlalu kering..boleh masukkan sedikit air.Masukkan garam dahulu..Akhir sekali masukkan bihun kedalam kuali..kacau sehingga kesemuanya rata..


Thursday, June 16, 2011

Aircraft in future time..



In this photo illustration provided by Airbus on June 14, 2011, the bionic structure and interactive membrane of the Airbus Concept Cabin, as imagined in 2050, would allow passengers to view the night sky while travelling. Photograph: Airbus/Getty Images
 
 
The intelligent cabin membrane of the Airbus Concept Cabin can become transparent to give passengers open panoramic views. Photograph: Airbus/Getty Images
 
 
The cabin would feature morphing seats that could harvest passenger’s body heat to power aircraft systems such as holographic pop-up pods. Photograph: Airbus/Getty Images
 
 
An illustration of the Airbus’ exterior. Photograph: Airbus/Getty Images
 
 
The centre interactive zone of the Airbus Concept Cabin would provide space for social scenarios, such as a virtual game of golf with people on ground or even with passengers in other aircrafts. Photograph: Airbus/Getty Images