Ni la rupa tomyam kat fadang fasirun ni...Rasanya mmg agak lain dari biasa walaupun chefnya adalah orang malaysia jugak..maybe this is penang tomyam style..Layannn...
The Pink Umbrella.
We Share, We Care, We Dare.........
Wednesday, July 6, 2011
Tuesday, July 5, 2011
Mee hailam
Mee Hailam ni teringin nak buat lepas tengok mummy aimee punya blog..tapi, macam biasa la cik payung ni asyik tak cukup bahan je...tekak pulak tak sabar2 nak rasa..jadi guna ajelah bahan yg ada dlm fridge..hehhehe..resepi boleh link ke sini mee hailam.Tapi yg mummy punya lagi nampak sedap kan..
Monday, July 4, 2011
Lunch sempoi ~ Masak lemak Taugeh~
Lunch arini mmg simple banget..Masak lemak taugeh ni kalau hidang dengan ikan goreng,sambal belacan pun boleh tambah 2/3 kali..hehehe..Almaklum la..asyik makan nasi mandi pak arab je..naik muak jugak..sesekali buat menu macam ni cepat je licin...Jom la cek resepi..
Bahan
-Taugeh secukupnya.
-1/2 tin santan
-1 tin air
-1 biji bawang besar dihiris
-3 biji cili padi ditumbuk
-1 batang serai
-garam secukup rasa
Caranya
1.Masukkan santan ke dalam periuk.Masak santan seketika..Tuang air apabila nampak mendidih..Masukkan taugeh,bawang,cili padi dan serai kedlama periuk..Kacau jikan mendidih..Apabila semua sudah masak..rasakan dgn garam.
Sunday, July 3, 2011
Kaswi Pandan
Bahan
-1cawan tepung gandum
-1/4 cawan tepung ubi
-3/4 cawan gula
-21/4 cawan air
-5helai pandan dikisar(dapatkan 1 cawan air pandan)
-1sudu kecil air kapur
-sedikit pewarna hijau
-kelapa parut putih digaul bersama garam
Caranya
1.Semua bahan diatas diblend.Tuang ke dalam loyang & kukus selama 40 minit.
2.Biarkan betul2 sejuk baru potong
# tips kuih cantik permukaannya-slps masak,jgn tutp api.Buka penutup periuk dan biarkan 10 min.Lepas tu baru tutup api.Permukaan kuih yg basah akan menjadi kering.
Thursday, June 23, 2011
Ikan Jenahak Sweet Sour
Bahan2
-Ikan Jenahak-garam,kunyit dan lumurkan dgn sedikit tepung jagung
-sebiji tomato dipotong dadu
-1btg carrot
cili besar dihiris(boleh juga gunakan cili api)
-1 SB sos tiram
-1 sb sos cili
-1/2 cawan sos tomato
-1sb cuka
-4 ulas bawang merah*dihiris
-2 ulas bawang putih*dihiris
- 1/2 inci halia*dihiris
-minyak
-garam dan gula
-air secukupnya
Caranya
1.Goreng ikan tadi separa masak.angkat dan ketepikan.
2.panaskan minyak dalam kuali.Tumis bawang merah,putih dan halia sehingga naik bau.
3.Masukkan tomato sehingga masak dan nampak berkuah.
4.Kemudian masukkan pula carrot.
5.ketepikan semua masakan ditepi kuali.biarkan ada ruang ditengah2 utk dimasukkan sos tiram,sos cili,sos tomato dan cuka..kacau kesemuanya.Masukkan air jika hendak berkuah sedikit.
6.Akhir sekali masukkan ikan yg digoreng tadi sehingga semua serasi.
7.Rasakan garam dan gula.Boleh matikan api.
Kacang Buncis Tumis telur aje..
Hmmm..masak2 sayur ni agak jarang nak letak dlam blog..Bukan apa..selalu terlupa nak snap picture..Lagipun biasanya vege cuma buat ulam2 je..contohnya..potong carrot,timun,tomato,kobis..makan mentah2 gitu..Macam ni org arab makan ulam tau..cuma cik payung tak reti beli ulam 'jer jer' je...Rasanya pahit2..kena makan dengan sambal tomato baru rasa sedap..
Jom tengok resepinya..biasa2 je..
Bahan2..
Kacang buncis dipotong2..cuci dan toskan
4biji bawang merah-dihiris
3biji bawang putih-dihiris
1/2 inci halia-dihiris
1batang cili merah potong serong
1 sudu ikan bilis kecil
1 biji telur
minyak utk menumis
garam secukup rasa
Cara2nya
1.Panaskan minyak dalam kuali.Tumis bahan hiris,cili dan ikan bilis..biarkan masak seketika..Masukkan kacang buncis dalam kuali..tunggu sehingga masak.Pecahkan telur..kacau lagi..Jika mahukan berkuah..masukkan air..Rasakan dgn garam.
Wednesday, June 22, 2011
Sambal Telur..hmmmm
Sambal Telur.
Miss Pinky II love to eat boiled egg so much..She can eat until 3 numbers one time..but she really like the white colour one..not the yellow colour..hmmm…so who else should finish up them..??Sapa lagi if not my self..hehehe..or else wait until her dad come back from work..He would definitely become Majlis Bandaraya like DBKL,…sapu habis..LOL
Come..check my receipe..
Bahan2..
6 biji telur-bersihkan kulit,rebus
2 ½ senduk cili blend
1 keping asam keping
Air secukupnya
Minyak utk menumis
Garam dan gula
Cara2nya
1.Telur yg sudah direbus dibuang kulit,ketepikan.
2.Panaskan minyak dalam kuali,tumiskan cili blend sehingga pecah minyak..Jika terlalu kering..masukkan sedikit air.
3.Masukkan telur tadi..kacau sebingga semua rata.
4.masukkan asam keping.Boleh juga gunakan air asam jawa.
5.Serasikan gula dan garam.
Subscribe to:
Posts (Atom)