Monday, June 13, 2011

Sambal Sotong

Lama betul tak masak sotong tau dekat sini..Nama aje cik payung duduk berdekatan dengan laut..tapi nak dapat seafood..sangat2 la mahal berdengung..4 ekor sotong sederhana saiz ni berharga 16 dirham…teringin punya pasal..beli jugak la..



Jom check resepi..

Bahan2
-sotong yg telah disiang, dicuci dan garam kunyit.
-2 senduk cili blend
-bawang besar dihiris
-sedikit air
-air asam jawa
-garam dan gula

Caranya.
-sotong digoreng sebentar.jangan terlalu lama...cukup sekadar nampak sotong telah kembang.angkat dan ketepikan.
-Tumis cili blend (cili blend saya telah dikisar bersama bawang merah..jadi tak perlu tumis bawang).Kacau sehingga cili masak.
- Masukkan sotong tadi dan bawang besar.Masukkan air jika cili terlalu kering.Tak perlu banyak air kerana sotong tadi akan mengeluarkan air.
-masukkan air asam jawa..rasakan gula dan garam..tunggu seketika..dan bolehlah matikan api..Sedia utk dihidang..

No comments:

Post a Comment