Tuesday, June 21, 2011

Masak Lemak Cili Api Ikan Sardin..


Masak Lemak Cili Api Ikan Sardin..

Aha…1st time dengar masakan ni dari sorang kawan..apa??!!guna ikan sardine dalam tin?hmmm…pelik gak tu…dek kerana nak tau gak rasanya macam mana kan..kena la try buat..tengok rupanya dlam periuk memang pelik u…biasa masak lemak cilia pi kaler kuning kan..ni kaler merah..hahhaa..tapi rasanya mmg memuaskan..tak cukup rupanya pakai satu tin sardine..lain kali kena masak 2 tin la…Terima kasih pada kawan yg bagi idea dan resepi ni..walaupun resepi dia main campak2 je..hehehhe…

Jom semak resepi ni…

Bahan2..
1 tin sardine
3 ulas bawang merah*ditumbuk
4 biji cili padi*ditumbuk
1 helai daun kunyit
1 keping asam keeping
½ tin santan tin
½ tin air
Garam secukup rasa

Cara2nya
1.Masukkan santan dan air dalam periuk..kacau sekali sekala jgn biarkan pecah minyak.Masukkan bahan tumbuk.
2.apabila santan sudah masak, masukkan sardine bersama dengan kuahnya(sebab tu kaler dia berwarna merah..cili api pun tak guna banyak..dah sedia pedas)
3.masukkan asam keping.daun kunyit dihiris dan masukkan dalm periuk..aroma daun kunyit ni membuka selera.rasakan dgn garam.


2 comments: