Sunday, April 3, 2011

Nasi Ayam Hainan

This receipe has been in my files for long time and now i'm making the receipe of nasi ayam hainan.This is my 2nd time experience to make nasi ayam.For early stage it quite tough to make it. That was because so many steps which chicken rice have to serve together with the soup, chicken, soy sauce and chili sauce. Luckily I brought a few of chicken rice paste, thus I can make these dishes in short time a bit.
                                                                                                                 
Taali Hunna..check this out..


Nasi Ayam Hainan

Bahan2 Utk Nasi Ayam
4 cawan beras
1 peket nasi ayam hainan
Air secukupnya

Bahan utk Sup
Separuh Ayam
600ml air
Kiub ayam
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Bawang goreng & daun bawang ditabur apabila siap

Bahan utk Ayam
Ayam yg telah direbus
Kicap secukupnya
Bawang merah,putih,halia
Minyak utk menggoreng

Bahan utk Sos Cili
3 sudu cili blend
2 sudu sos cili
Air seculupnya
1 sb gula
Garam secukup rasa
                                                
Bahan utk Sos kicap
Kicap yg diperam ayam tadi di tapis-ambil kicapnya sahaja

Bahan Hiasan
Timun dihiris
Tomato dihiris
Daun salad

Cara2nya
1.Langkah pertama saya buat sup dahulu.Tumiskan minyak dalam periuk.Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yg telah ditumbuk hingga naik bau.Masukkan kulit ayam & bahagian tulang.Goreng seketika.Kemudian masukkan air hingga mendidih.Boleh la masukkan bahagian ayam yg banyak daging dan kiub pati ayam.Boleh juga masukkan sayur jika suka.
2.Oleh kerana saya menggunakan paste nasi ayam..jadi saya tidak menggunakan air sup utk memasak nasi.Masak nasi seperti biasa hanya tambahkan paste ke dalam periuk beras dan kacau serasi.

3.Utk ayam- Aayam yg telah direbus di dalam sup tadi diasingkan.Lumurkan dengn kicap,sedikit garam, bawang merah,bawang putih dan halia yg ditumbuk.Serasikan semuanya.Perap selama 2 jam.Air lebihan ayam ini jgn dibuang.Ayam boleh dimasak dgn cara bakar atau goreng tetapi tidak perlu lama kerana ayam sudah sedia masak didlm sup tadi.Sekadar bagi nampak garing dibahagian luar.

4.Utk Sos-cili blend,sos cili, gula, garam serta air dimasak diatas api sederhana.kacau hingga semua garing dan tutup api jika kepekatan sos benar2 sesuai.

5.Utk sos kicap-Air lebihan ayam tadi ditapis agar semua bendasing dpt diasingkan.Ambil air kicap sahaja.

6.Hidangkan nasi bersama sup,ayam dicincang,sos cili,sos kicap serta timun,tomato dan salad..selamat menjamu selera.

2 comments:

  1. cik payung....nasi ayam hainan satu...bahagian thigh ye....nasi kasi kurang...ayam bagi lebih...hehehe...:)

    ReplyDelete
  2. walahhh...mummy..takkan satu je..2 pinggan pun ok gak..hehehhe

    ReplyDelete