Saturday, April 9, 2011

IKan Bawal Tiga Rasa


Salam sabtu semua..hari ni cik payung tak kemana-mana..jadi kenalah masak special sikit buat big bos yg kejap lagi nak balik lunch.Big bos kerja half day aje ari ni..Taali hunna menu hari ni..



Bahan2
Ikan bawal (biasa org guna kerapu/siakap)
3 sb cili blend
4 sb sos cili
Nenas di potong dadu
Carrot dipotong dadu
Timun dipotong dadu
Cili padi dipotong dadu
½ biji bawang besar*
3 biji bawang putih*
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak utk menumis

Caranya
1.Ikan bawal dibersihkan.Lumur dgn garam dan kunyit.Goreng garing dan ketepikan.
2.Bawang besar dan bawang putih ditumbuk.boleh juga dihiris.
3.Panaskan minyak.Tumis bawang hingga naik bau.Masukkan cili blend hingga pecah minyak.Masukkan cili sos(saya letak lebih dr  4 sudu.)
4.Campurkan sedikit air bagi nampak berkuah sedikit.Masukkan carrot, timun,nenas dan cili padi.Gaul hingga semua sekejap sahaja.Bolehlah rasakan garam dan gula.
5.Tutup api dan curahkan keatas ikan yg digoreng tadi.

No comments:

Post a Comment